October 7, 2012

Remmber this :)






ANDAI LELAKI TAHU,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU, 
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.


ANDAI LELAKI TAHU, 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU, 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, itu bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

ANDAI LELAKI TAHU, 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

No comments:

Post a Comment